Friday, March 7, 2014

keperluan IBU berpantang

Sambung entry lepas Persiapan Bersalin dan Berpantang checklist untuk baby rasanya dah hampir lengkap...sementara itu kena pula buat checklist ibu, nanti dah beranak sapa nak sediakan pula...

Dah ada pengalaman anak first, so anak second ni tak la serabut sangat, yang pasti dah tak nak membazir beli set confinement, jamu-jamu bagai....tak habis pon...opsss pecah tembelang...so di sebabkan tak mau membazir saya sambung guna balik segala yang masih boleh guna.

  • confinement set (masa Dea Aleesya dulu guna Confinement Set - Amway's Tropical Herbs Post Natal Care) kali ni tak beli dah kot set macam ni...nak beli yang loose saja. lagi pon ada lagi balance yang belum habis di gunakan. set ni lengkap 11 barang keperluan ibu.
    gambar ihsan dari Google

    saja nak review sikit pengalaman guna set confinement ni....
    1. Herbal Tea - to be taken 5th day after delivery (jamu-panas makan tak habis)
    2. After Birth 1 - To be consumed 10th days after delivery (jamu-panas makan tak habis)
    3. After Birth 2 - To be consumed 25th days after delivery (jamu-panas makan tak habis)
    4. Herbal Douche - Yang nih utk pembersih wanita. (guna habis)
    5. Herbal Bath - Didihkan daun herba tu kemudian dibuat mandi. (guna habis)
    6. Herbal Massage oil - untuk hangatkan badan sebelum mengurut (ada lagi)
    7. Firming Herbal Blend - Campur serbuk nih dalam air, pastuh tepek kat perut utk kasik ramping. Diikuti ngn pemakaian bengkung. (best ada lg sikit)
    8. Warming Herbal Blend - Gune selepas mengurut dan berbengkung. (tak guna sangat sebab berabuk bila kering..penu tilam sian anakku)
    9. Calming Herbal Blend - Utk sapu kat dahi, Cam pilis la kot. (tak guna sangat sebab berabuk bila kering..penu tilam sian anakku)
    10. Baby Oil - utk sapu kat perut baby (minyak baby memang best)
    11. Binder - Bengkung. Jenis bengkung moden. ( bengkung pon memang best)

    dalam 11 barang 1/2 sahaja yang guna habis, so pembaziran telah berlaku, terutamanya pil Jamu. lagi satu set ni semua berhabuk bila kering...so macam tak sesuai ja nak handle baby lagikan...sebab tu la salah satu guna tak habis...kering ja habuk berterbangan sana sini.... malas nk kemas tempat tidur...orang datang melawat sokmo...

    memang tak beli set dah..sebab bengkung amway ada lagi..tak reput pon lagi..best pakai...

    makanya akan di beli mana yang perlu sahaja...bedasarkan kegunaan yang lepas... kali ni akau lebih menitik berat tentang penjagaan dalaman selepas bersalin....sebab aku percaya dengan makanan tambahan boleh buat Ibu kuat, ceria (mengelakkan berlakunya meroyan). OK! siap mukadimah panjang...


    Ibu
    kepeluan asas ialah:

    1. Supplement - set berpantang Shaklee
    2. herba mandian - beli akar kayu daun2 kering yg dah siap balik rebus saja (kawasan rumah pon banyak, mak selalu pagi2 keluar cari...untung duduk kampungkan...)
    3. minyak panas/nak beli pati halia je kot.
    4. param,pilis,lulur (akan di pertimbangkan..sebab balance yg lama masih ada) 
    5. Tungku - (memang dah ada turun temurun mak punya..)
    6.  Kain batik - 5helai (guna yang sedia ada..jimat)
    7. Stokin panjang dan tebal - 5pasang
    8. Baju yang mudah nursing - t shirt besar..pakai t shirt somi haha..
    9. seluar dalam pakai buang - 5 helai nak guna masa di hospital
    10. Nursing bra - dah ada memang guna nursing bra pon.
    11. Maternity Pad 1 pek - awal-awal pakai yg tali,bila luka sembuh pakai yg lekat dekat pantist (habis baru beli topup)
    12. Breast Pad washable/disposable
    13. Bengkung/ barut (dah ada)
    14. Tudung labuh sikit (syria)- pakai di hospital senang nak nursing in public
    15. Tukang urut (booking dah....bidan kampung)

    rasanya ini je senarai aku..... kalau ada penambahan akan di update kemudian..

    Berbalik pada perkara 1
  • Supplement - set berpantang Shaklee





    SUPPLEMENT SET BERPANTANG
    1. Sustained Release Vita C plus - |DONE|
    2. B complex
    |DONE|
    3. Zinc Complex |DONE|
    4. Vita Lea -
    |DONE| - promo Febuary 2014

    SUPPLEMENT SET MENYUSU
    5. ESP -  |DONE| promo bulan march 2014
    6. Alfalfa
    |DONE| - promo january 2014
    SUPPLEMENT SET SLIMMING 
    7. Lecithin |DONE|
    8. Omega Guard |DONE| - promo December 2013

    *
    80% dari set berpantang memang dah di amalkan masa mengandung, yang belum hanya Zinc complex, Alfalfa dan lecithin. beli semasa promo setiap bulan untuk dapatkan harga yg istimewa.

Sunday, March 2, 2014

Khasiat ESP SHAKLEE


Assalamualaikum....

Bulan march yg superb duperb BEST!!!!........promo ESP, best nya alahai... HOT sale!!!
namun begitu masih ramai yang belum mengenali ESP...soalan demi persoalan di ajukan.. JOM kenali ESP SHAKLEE...

Siapa yg boleh ambil ESP???

Apa khasiat ESP??

Ada keistimewaan dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?

Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.

Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!

>>>> Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

>>>>> Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Sesuai untuk semua lapisan:

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Lelaki & Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.

WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

jika anda BERMINAT untuk mengetahui lebih lanjut dengan produk SUPER DUPER HOT!! SHAKLEE sila HUBUNGI KAMI:

Dapatkan consultant percuma,sila hubungi SID anda:




SID:1028182
Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

Feel Free to share